About Us

Latar Belakang Syarikat

  1. BRILLANDO COSMETICS BY SADBERINA BRILLANDO RESOURCES telah ditubuhkan pada tahun 15 Oktober 2017. Ianya merupakan syarikat milik penuh 100% Bumiputera.
  2. BRILLANDO mengeluar dan mengedar produk-produk kecantikan bagi mengatasi masalah muka wanita dan lelaki di samping mencegah serta merawat kulit yang bermasalah. Produk dihasilkan sangat berkualiti, bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa.
  3. BRILLANDO diuruskan sepenuhnya oleh CEO Pengasas Sadberina Binti Ishak dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang bertindak mengurus syarikat dan hal-hal yang berkaitan dengan mutu syarikat dan pengedaran.


KATA-KATA ALUAN PENGASAS

Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum w.b.r


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya dapat kita bersua lagi di ruangan ini. Selamat datang saya ucapkan kepada semua para pengunjung laman web BRILLANDO ini. Saya Pn Sadberina Binti Ishak selaku Pengarah Urusan / Pengasas (BRILLANDO) mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para pengguna produk kami yang selama ini banyak memberi sokongan. BRILLANDO menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada semua yang mengalami masalah kulit wajah dari segi jerawat, jeragat serta kulit kusam.


  • Kami sentiasa akan menyokong dan menjadikan BRILLANDO COSMETIC sentiasa bermain di bibir pengguna.
  • Bertemakan Moto syarikat CANTIK MENAWAN TANPA DERITA, jenama BRILLANDO terdiri daripada rangkaian kosmetik iaitu Brillando Foundation, Brillando Serum Botox dan Brillando Lipstick serta Set Kosmetik 6IN1 pertama di Malaysia yang mampu menyelesaikan masalah setiap wanita yang mengalami masalah kulit wajah...
  • Syukur Alhamdulillah,dengan adanya pelanggan sepertia kalian semua yang sentiasa menyokong BRILLANDO  akan sentiasa terus menarik ramai lagi pengguna dari dalam negeri dan berkemungkinan akan ke luar negeri dengan mempelbagaikan lagi produk- produk kecantikan dan kesihatan berasaskan Organic dan jg Ekstrak Sakura yang mampu merawat kulit dari dalam.
  • Untuk mendapatkan sebarang pertanyaan serta maklumat, sila hubungi pihak kami. Insya'allah... Warga kerja BRILLANDO sentiasa bersedia untuk membantu anda.
  • Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih dan selamat mencuba produk keluaran BRILLANDO BY SBR. Kepuasan anda adalah kegembiraan kami.


Misi 

  • Menjadikan wanita CANTIK MENAWAN TANPA DERITA luar dan dalam sepanjang masa disamping membantu menjana pendapatan wanita di Malaysia dalam menempuh kehidupan.